Kenali Peria

Famili:Cucurbitaceae

Nama Saitifik:Momordica charantia

Sinonim:Momordica chinensis, M. elegans, M. indica, M. operculata, M. sinensis, Sicyos fauriei

Nama tempatan:bitter melon, papailla, melao de sao caetano, bittergourd, balsam apple, balsam pear, karela, k'u kua kurela, kor-kuey, ku gua, pava-aki, salsamino, sorci, sorossi, sorossie, sorossies, pare, peria laut, peria

Batang:Lembut dan memanjat dengan melilit menggunakan sulur

Daun:Bercuping lima dan berwarna hijau

Bunga:Berwarna kuning, bunga jantan dan betina adalah berasingan

Buah:Permukaan yang menggerutu, berwarna hijau muda dan rasanya pahit

Peria merupakan sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan di tanam sebagai makanan. Nama saintifikperia adalah Momordica charantia (L.) dalam keluarga labu "Cucurbitaceae". Peria tumbuh dikawasan tropika dan subtropika. Di Malaysia, peria banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur.Pokok peria mempunyai akar tunjang dan juga akar sisi berserabut yang berkembang luas di kawasan sekeliling. Pokok peria mempunyai batang lembut dan memanjat dengan melilit menggunakan sulur paut. Daun pokok peria bercuping lima dan berwarna hijau.Pokok peria mempunyai bunga berwarna kuning, dan menghasilkan bunga jantan dan bunga betina yang berasingan. Buah peria mempunyai permukaan yang menggerutu, berwarna hijau muda.

Khasiat:Sejak zaman purba lagi peria digunakan untuk merawat kencing manis. Doktor dari England telah membuat penyelidikan untuk mencari nilai saintifiknya. Hasilnya mereka menemui hypoglycemic atau insulin. Seterusnya mereka mencipta plantinsulin untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah dan air kencing.

Kaedah yang paling mudah untuk merawat penyakit ini ialah dengan meminum jus yang di ambil daripada empat atau lima biji peria pada setiap pagi.

Bijinya yang dihancurkan boleh dicampurkan ke dalam makanan. Sekiranya tidak mahu meminum jusnya, penghidap diabetes juga boleh meminum air rebusan beberapa potong peria ataupun menggunakannya dalam bentuk serbuk.

Daunnya pula sangat berkesan untuk merawat buasir. Caranya ialah dengan mencampurkan jus yang boleh diperolehi daripada daunnya ke dalam segelas susu. Ia hendaklah di minum setiap pagi selama sebulan untuk merawatnya.

Akarnya yang telah di hancurkan pula di gunakan untuk di sapukan ke tempat buasir.

Jika menghadapi masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah, fungus peria boleh mengatasinya dengan cara mencampurkan segelas jus peria dan sudu kecil jus limau. Ia hendaklah diamalkan sedikit demi sedikit dalam jangkamasa empat ke enam bulan.

Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daripada daunnya. Ia juga boleh mengatasi masalah hati kesan daripada pengamblan alkohol.

Walaupun peria tidak di minati kerana kepahitannya tetapi ia banyak membawa manfaat kepada orang yang mengemarinya.